End Of School Season
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, saya dah berjaya tamatkan zaman persekolahan dengan cemerlang! Form 5, biasalah macam-macam rintangan yang di lalui. Mana ada jalan untuk memperoleh kejayaan dengan senang, kan? Itu sahaja untuk kali ini. Selebihnya, saya akan postkan gambar-gambar akhir bagi tahun 2016 di sekolah.
My deskmate for year 2016. (Politic tables. Sangat aktif waktu subjek Sejarah, sampai group meja lain pun annoying dengan kami)
Asma' (brown): She is the sleeping beauty. Tidur-tidur pun tetap pandai, selalu ingat perkara yang saya x ingat, PM yang berkaliber, lemah lembut, pemurah. She's straight A, insya-Allah.
Atiqah Aizat (grey): Seorang yang sangat rajin membuat nota, thanks for lend me your note, selalu fokus waktu cikgu tengah mengajar, PM yang berkaliber, pelawak orangnya, kalau dia tengah marah, Masha'Allah, takut sangat nak tegur and she has a lot of stories. Nice to meet you!
Maryam (black): Seorang yang otak matematik, my mentor for calculate subject, especially, mathematics. Thanks for teaching me! Seorang yang sangat manja dan suka peluk orang. Salah satu perkara yang pelik pada diri dia ialah, dia boleh cam bau seseorang. Awesome! I really miss to hug you!.
Suhada (orange): Akak ipar semeja. Hahaha... Apa-apa mesti pasal sultan sampai Maryam yang dengar pun pening kepala. Maryam's bestfriend. Dia sangat bersungguh-sungguh tak kiralah dalam mengajar orang. Kalau dia mengajar, dia nak menti dia faham betul-betul. Penyabar, otak fizik, peramah dan sangat pandai dalam membetulkan barang yang rosak. Asma' pelanggan tetap dia untuk repair correction tape.
Ying: My first chinese friend. Tak pernah ada kawan berbangsa cina serapat dia, but she not in this picture. Dia banyak ajar pasal add math and english. Thanks! Kadang-kadang, buat suara minion. That's so cute! Maryam and Suhada are her students in mandrin class. Kelas bahasa cina tu limited edision sebab diadakan pada bila-bila masa dan hanya di group meja saya sahaja.
BATCH 99!
Lepas ni, dah tak ada lagi batch 90-an kat sekolah. Setiap orang ada macam-macam keletah. Suara nyempreng, suara macam komander, suka menjerit, minah Kpop. Senior yang paling baik dengan junior. Agaknya...
5 Omega.
My class for 2016. Maaf sebab member tak complete. Tak sangka boleh hidup dalam kelas ni. Ramai sangat budak-budak pandai. Mama bagi kelas ini ialah Puan Noraini. Sarah adalah hulubalangnya dan Syiqa sebagai penolong hulubalang. Kelas ni kelas harapan dan target untuk straight A students. Insya-Allah, akan direalisasi. It's graduation day!
The Jemahrian!
Inilah jemah-jemah yang dikategorikan rapat dengan saya di asrama. Makan bersama, ketawa bersama, menangis bersama, ber 'fangirling' bersama, bergosip bersama.
Syiqah (green): Seorang yang suka buat lawak dan sensitif orangnya. Ramai peminat!!! Hahaha... Kalau tengah badmood, jangan tegur. Sangat suka minum susu. Penolong hulubalang 5 0mega.
Yana (grey) : Annoying sikit orangnya. Kadang-kadang, gila. Paling lama bersiap. Bagi dia, dewan makan tu macam Pavilion. Suara sedap. Kadang-kadang menjadi radio di common.
Arna (yellow): nice person., kurus keding, senior yang sangat rapat dengan junior, kalau dia menyumpah orang, Ya Allah, seram x terucap.
Zamzaila (red): Orang yang selalu gila dengan Izzy. Selalu senyum dan jangan ganggu dia bila dia tengah tidur. Nahas! Selalu juga beri motivasi pada orang. Sering menjadi tempahan orang untuk gubahan rambut.
Halila (maroon) : orangnya tengok je macam blur, tapi otak pandai. Always try the best untuk mengajar orang, madu Shazz dan selalu mengadu dengan Suha. Selalu juga diperli oleh Ieyqa kerana tahi lalatnya di dahi.
Adaw (pink) : Kapten Mukhriz. Orang yang baik walaupun orang buat jahat pada dia. I mean, dengki as friends. Sangat sayang akan haiwan terutamanya kucing. She the mama for the cats at our dewan makan, sampai semua orang cakap kucing-kucing tu anak-anak dia. Sangat gila akan anime dan sedap suaranya bila nyanyi lagu anime.
Shazz (marron with big rose): Kaki tidur tapi perform habis bila bab belajar. Waktu malam bila orang dah nak tidur, waktu tu waktu dia study. Student perform memang suka study waktu orang tidur agaknya..Lulls. Kaki fangirl bts bersama suha.
Suha ( duduk bersila) : a great leader. Serius ramai admire terutama junior. Ni pun perform juga study tapi tak segigih shaz. Tapi perform. Suka bagi motivasi pada orang.
Comments
Post a Comment