KEMENANGAN YANG TAK DIJANGKA...

Bismillahirahmannirahim...
Assalamualaikum...

    
    Alhamdulillah... Bersyukur kepada Allah untuk segala nikmat yang diberikan kepada hamba yang kerdil ini... Untuk post kali ini, saya nak share tentang pengalaman choral speaking tahun 2015. 

    Alhamdulillah dan tahniah serta teima kasih kepada guru-guru, sahabat seperjuangan yang dah sama-sama berjuang dalam karnival Bahasa Inggeris 2015. TIGS mendapat tempat kedua dalam choral speaking. Sungguh saya amat bersyukur kepada Allah. Nak tahu kenapa? Sebab:

  1. Latihan untuk choral speaking kurang sebab dengan PK1 dan kawad kaki sekolah. Masing-masing banyak aktiviti. Waktu ada latihan pun, tak semua yang datang. 
  2. Tukar konduktor secara tiba-tiba. Itu sebab pada mulanya, konduktor dipilih secara bidan terjun. Alhamdulillah, dapat diganti dengan konduktor yang lebih baik. Bukan saya nak kata, konduktor sebelum ni kurang, sebenarnya sama-sama bagus.
  3. Tiada tepukan lansung waktu kami buat persembahan. Dari masuk pentas, sedang buat persembahan sampailah kami turun dari pentas, hanya diam sahaja. Tipulah kalau saya cakap yang saya tak kisah dan kebanyakkan dari kami agak down bila turun dari pentas.
  4. Banyak sekolah yang lebih baik dari kami iaitu SMAPR, SMK Permata Jaya dan Senggarang. Saya start nervous sangat bila tengok persembahan dari SMAPR. sangat awesome

    Tapi, siapa yang dapat duga rezeki Allah. Kami peroleh tempat kedua. Alhamdulillah. Dan sekolah yang disangka lebih baik dari kami hanya peroleh saguhati. Mungkin rezeki mereka di tempat lain. Doakan semoga TIGS dapat mewakili daerah dalam choral speaking. Tahniah juga kepada SEGA kerana berjaya ungguli Johan dalam choral speaking!

    Sekian, terima kasih!!!

Comments

Popular Posts