Salam Aidilfiri 2014!
Bismillahhirahmannirahim….
Assalamualaikum…
Selamat
hari raya Aidilfitri, semua! Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon
ampun sekiranya sepanjang post saya di blog ini ada mengguris perasaan anda
yang membaca. Terima kasih juga diucapkan kerana sudi membaca post saya di blog
ini yang sebenarnya merupakan luahan hati saya.
Jujur saya katakana
disini, pada tahun 2014, saya lansung tiada perasaan untu menyambut lebaran.
Tak terasa nak raya pun. Ramalan saya bahawa raya tahun ini biasa-biasa saja.
Mungkin sebab tahun ni saya akan menduduki PT3. Tolong doakan saya, ok!
Harapnya dapat buat yang terbaik. Sedihnya bila Ramandhan meninggalkan diri
ini. Semoga tahun depan Allah mengizinkan saya untuk menyambut Ramadhan.
Insya-Allah, sekiranya dipanjangkan umur.
Takziah juga saya
ucapkan kepada keluarga dan waris penumpang dan anak kapal MH370 dan MH17. Saya
turut sama rasa kehilangan mereka. Semoga Allah berikan ketabahan hati kepada
mereka untuk meneruskan kehidupan ini. Yang pergi biarlah, dan yang hidup
teruskanlah. Percaya pada qada dan qadar Allah. Pasti ada hikmah disebalik apa
yang terjadi ini. Percayalah! La tahzan, innallah ma ana. Jangan bersedih
kerana Allah ada bersama anda.MH17 yang ditembak di sempadan antara Ukraine,
semoga memperoleh keadilan. Allah pasti
ada sebabnya mengapa terjadi begitu.
Tidak lupa juga
kepada saudara se-Islamku di Palestin dan Gaza, kentalkanlah jiwamu untuk
berhadapan dengan serangan manusia yang tidak berhati perut itu. Syurga itu
pasti untukmu. Andai saja dapat ku ke sana, menghulurkan bantuan. Namun, apakan
daya. Doa yang tak putus-putus ku iringkan untuk kalian. Bersabarlah. Yakin
bahawa janji Allah itu pasti. Percayalah bahawa keamanan itu ada untukmu.
Comments
Post a Comment