Coretan Dari Sahabat

Assalamualaikum...

   Dah lama rasanya jari-jemari ni tak menari di atas papan kekunci laptop terutamanya untuk menaip post.<---- hiperbola  Rindu sangat. Akhirnya dapat juga. Alhamdulillah...Bersyukur kepada Allah...

    Saya nak berkongsi tentang coretan sahabat saya. Ini bukan coretan yang saja-saja seperti conteng di atas kertas, tetapi ini coretan yang lahir dari jiwa nurani kita sendiri. Betapa rendahnya diri kita ini sebagai seorang yang bergelar HAMBA jika dibandingkan dengan Tuhan kita iaitu ALLAH!

 Coretannya berbunyi begini:

ALLAH MAHA BESAR





Kini,
Di kala hati terasa sepi,Hanya Allah yang menemani.
Hanya Dia yang mengetahui isi hati,
Hanya Dia yang mengetahui kisah yang sedang aku lalui.

Di kala ini hati menjadi resah,
Jiwa menjadi gundah,
Namun aku hanya mampu berserah,
Terima segalanya dengan hati yang pasrah.

Sesungguhnya hanya kepada Engkau tempat aku berteduh,
Kerana-Mu,
Akan aku bangkit melawan musuh,
Dengan hati yang teguh,
Mustahil untuk luluh.

Fahami dan salami puisi ini. Saya memang tertarik sangat dengan puisi ini.
'Kerana-Mu, Akan aku bangkit melawan musuh, dengan hati yang teguh, mustahil untuk luluh'
- saya suka ayat ni. Insya-Allah, saya akan cuba ke arah itu.

Comments

Popular Posts